topbella

Wednesday, August 26, 2009

MaRhAbAn kEkAsIhKu...

Wahai kekasih, hanya setahun sekali bertemu, hanya sebulan melepaskan rindu…

Wahai kekasih, tahun ini azamku, memperbaiki perhubungan kita yang dahulu…

Kekasihku,

Tahun ini hampir pasti aku tidak dapat memenuhi dateku dengan mu selama sebulan tiap2 hari,

Tapi aku harapkan berkat kedatanganmu, ahli keluarga baru kami nanti mempunyai cinta semurni cintamu, akhlak sesuci namamu.

Ramadhan, aku tangisi dan kesali pertemuan kita tahun lalu yang tak kuiisi sebaiknya, yang aku kotori dengan dosa…

Ramadhan, semoga kedatanganmu tahun ini dapat ku tebusi segala dosaku, dapat kuiisi dengan amalan yang lebih baik, menghampirkan diri dengan Pencipta melaluimu.

Ramadhan, selamat datang aku ucapkan… Khas buat kekasih yang hanya menjenguk setahun sekali. Semoga cinta kita kembali mekar dan bersinar, untuk diangkat mengadapNYA, justeru aku tidak lagi malu kerana di tahun sebelum ini aku abaikan kedatanganmu, walaupun orang lain gembira bertemumu..

Ahlan Wa Sahlan ya Ramadhan… Semoga cinta kita bersatu…

0 comments:

SEBATANG PENA....SEBARIS TINTA...

Girls Myspace Comments
MyNiceProfile.com
Powered By Blogger

About Me

My photo
jerteh, terengganu, Malaysia
~WaLaU ApApUn yaNg TeRjAdI... BeRJaLaNLaH TaNpA HeNtI...~
 
My dReaM's..© Diseñado por: Compartidisimo